Apa kita boleh panggil ini kehidupan kalau tidak ada nilai adil? Sama rata, sama-sama rasa? Saya memandang ini dengan serius. Cukai, semua orang bayar cukai. Ibu bapa awak bayar, ibu bapa saya pun bayar, ibu bapa kami pun bayar. Tapi biasiswa? Awak ada peluang untuk mohon? Kami?
Entri saya kali ini bukan berpihak atau mewakilkan diri saya. Tapi seikhlasnya menyuarakan rasa rakan-rakan seperjuangan saya di Kuliyyah Pendidikan UIAM ini.
Dahulu: Biasiswa KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) dibekukan sementara ketika intake batch kami. Semua merungut. Tapi masih ada nilai toleransi. Kita pakai PTPTN dulu la ye, nanti dah buka KPM, kita apply.
Maka: Beraturlah kami macam anak ayam, kelam kabut uruskan hal ehwal PTPTN. Segelintir kami tetap menghadapi masalah dengan pihak PTPTN.
Kini: Lihat sendiri diskriminasi ini. Lazimlah untuk dapatkan tempat penerima biasiswa, akan ada persaingan yang amat-amat sengit. Saya sendiri pernah merasakan peritnya berjuang mendapat tempat itu. Meski bukan dibawah KPM, persaingan untuk bergelar Tunku Scholar di bawah biasiswa Tunku Abdul Rahman amatlah menguji. Bukan senang-senang orang mahu taja kita.
But, at least, kita diberikan peluang untuk
apply, untuk hantar borang, untuk berharap, untuk hadir
interview.
Dan YANG PALING PENTING, kita diberikan peluang untuk merasa habuan biasiswa itu sama-rata!!!
Ya, betul. Ini tanda saya protes. Bukan sahaja kawan-kawan saya tidak diberi peluang untuk merasa habuan biasiswa KPM, malah untuk
apply pun tidak boleh!!! Apa ini adil? Apa ini integriti dan telus dalam pembahagian hak & peluang? Saya terpanggil untuk menjelaskan lagi masalah ini.
Kami masih bergelar pelajar. Semua maklum, kami
fi sabillillah. Kami menuntut ilmu dijalan Allah. Dalam mencapai redha Nya. Tak kiralah apa jua jurusan yang kita ambil, tujuan kita sama,
Mardhotillah. Jadi, apa perlunya diskriminasi ini? Apa yang membezakan kita semua? Peluang pekerjaan kelak??
Nah, saya masih boleh jelaskan. Di UIAM Gombak, berbumbungkan
SATU atap iaitu
INSTED (Institue of Education) terdapat empat cabang jurusan dalam perguruan:-
- Teaching Arabic as a second language (TAASL)
- Teaching English as a second language (TESL)
- Islamic Education (ISED)
- Guide & Counseling
Meskipun berbumbungkan satu atap, peluang memohon biasiswa
bukan semua boleh rasa!Nah, saya lampirkan alamat website untuk anda lihat, syarat-syarat khas dan
HANYA JURUSAN TERTENTU boleh mohon.
http://apps.moe.gov.my/ijazah1/syarat.cfm
Jadi, sudah jelas, di UIAM ini, hanyalah pelajar jurusan TESL sahaja yang boleh memohon. Kenapa begini? Mana hak kami? Jurusan bertiga yang tinggal, bagaimana kami nak dapatkan tempat sebagai penerima biasiswa KPM 2011? Jawapan:
MAAF, ANDA TIDAK DITAWARKAN. Habis, kami bukan pelajar sarjana muda
PENDIDIKAN? Nama biasiwa pun sudah boleh jelaskan sebenarnya,
BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.Semua boleh mohon sepatutnya. Layak atau tidak belakang kira.
Jadi,apa alasan anda sebab menutup laluan permohonan kami?? :-
Kalaupun budget tidak mencukupi, kami masih boleh faham. Jadi perketatkan syarat-syarat permohonan. Tapi bukan dengan menutup laluan kami! Duit yang sedikit itu harus sama-sama rasa. Harus semua jurusan boleh
apply. Bukan TESL sahaja!
- Peluang Pekerjaan, Permintaan bidang yang tinggi??
Habis, jurusan yang lain tidak ada peluang pekerjaan yang tinggi? Tidak
marketable? kalau begitu, buat apa wujudkan jurusan yang lain? Contoh seperti saya, pelajar Pendidikan UIAM,
Majoring TAASL,
minoring ISED. Orang macam kamilah yang lebih diperlukan masyarakat sebenarnya. Kami belajar bahasa Al-Quran, kami belajar agama Allah. Dan orang macam kamilah yang diperlukan untuk memperbaiki mutu akhlak & sosial generasi kini dan masa depan. Sedang kita semua tahu, kualiti akhlak & adab jatuh merudum. Kefahaman kami tentang suruhan & larangan Allah yang diturunkan dalam bahasa Arab seharusnya disebarkan secara meluas dalam masyarakat & remaja disekolah. Justeru, peluang pekerjaan kami yang lebih tinggi sebenarnya. Siapa yang akan mengajar ilmu fardhu ain & fardhu kifayah disekolah kalau bukan ustaz & ustazah? Siapa yang akan beri kefahaman ayat-ayat Al-Quran kepada mereka dengan jelas sedangkan ia turun dari Allah dalam bahasa Arab? Dan jangan labelkan kami lemah dalam bahasa Inggeris. Anda lihat kebolehan kami dalam berbahasa Inggeris & kefahaman kami dalam bahasa itu. Lihat pula kefahaman anda & kebolehan anda berkata dalam bahasa Arab. Kita semua
marketable sebenarnya. Berdaya saing itu perlu, apatah lagi untuk kebaikkan, lebih digalakkan. Tetapi,
DISKRIMINASI yang harus & wajib kita semua elakkan.
Saya mungkin baru setahun jagung dalam arena pendidikan ini, namun saya bertekad menyerahkan seluruh jiwa raga & diri saya untuk berkhidmat dalam bidang pekerjaan yang paling mulia ini. Tidak mengharapkan balasan apatah lagi ganjaran duniawi, tetapi
keadilan yang kami cari.
Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya adalah maksud kepada ZALIM. Maka benarlah, tidak akan ada neraca yang paling adil didalam dunia ini melainkan neraca Al-Mizan didunia sana kelak.
Meskipun saya terlepas daripada dsikriminasi keadaan ini kerana saya tidak perlu untuk memohon biasiswa KPM, tetapi rasa geram dan marah ini tetap ada buat kawan-kawan seperjuangan saya yang dibelenggu keadaan hitam ini. Melihat harapan mereka dihalang, saya sangat-sangat rasa geram. Melihat ada seorang dua yang mengeluh, saya cukup-cukup kecewa. Melihat ada segugus dua air mata yang jatuh, saya lesu & hampa.
Kawan-kawan, saya masih ada bahu untuk dipinjamkan. Anda masih ada saya untuk meminta pertolongan. Semoga kita sama-sama mencapai ganjaran yang
SATU: MARDHOTILLAH.
Norsheika Syuhada Abd Karim
Tunku Scholar